.

Saturday, February 9, 2019

Essay example --

Dalam kehidupan manusia dan dalam dunia matematik, kemahiran membuat anggaran adalah satu kemahiran yang amat penting. Seringkali kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai di dalam kehidupan seharian kita. Ini termasuklah anggaran tentang duit, masa, jarak, berat dan sebagainya. Pembundaran adalah sejenis anggaran. Berdasarkan kepada kepentingan pembundaran dalam kehidupan seharian, maka amat wajar dan perlu strategi-strategi pembundaran nombor diajar di sekolah rendah lagi. Menbundarkan nombor adalah satu cara untuk mengganggar satu nombor bulat kepada digit tempat terdekat. Selain itu, pembundaran juga berperanan sebagai semakan kepada kemunasabahan kiraan yang tepat seperti ketika kita membuat sesuatu kiraan, kita perlu membuat anggarannya dahulu. Ia juga dapat membantu dalam kehidupan seharian kerana kebanyakan nombor-nombor yang ada di dalam bacaan adalah tidak tepat. Ia juga membantu untuk mengingat angka yang panjang dan besar. Pembundaran ini juga membantu murid berfi kir dan celik akal dan menghubungkan pengetahuan sedia ada. Secara tidak langsung, murid dapat mengembangkan bahasa, mudah berkomunikasi dengan rakan sebaya, guru, dan masyarakat. Murid juga akan termotivasi untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah. Ia juga dapat membantu menganalisa situasi terutama sekiranya terdapat tawaran diskaun harga barangan di pasaraya-pasaraya. Murid akan belajar membuat keputusan dengan cepat, menggalakkan murid mengembangkan pemikiran berasas nombor dan memberi makna kepada pengiraan yang dibuat sekaligus membantu murid lebih konsisten dengan berdikari dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Secara tidak langsung, ia meningkatkan lagi perkembangan kognitif dalam perkembangan individu supaya lebih cepat menyelesaikan ... ...ecara mental.Murid-murid juga akan tahu bagaimana membundarkan kepada nilai anggaran berdasarkan nilai tempat dan pengetahuan berguna ini boleh mereka gunakan di dalam kehidupan seharian mereka sebenarnya.Pada pendapat saya, da lam pendidikan matematik, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk murid membina konsep dan menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru matematik perlu memaparkan sifat-sifat yang matang, berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996). Pengajaran matematik yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran matematik yang mudah dan menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang isi kandungan, kaedah mengajar (pedagogi), dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai sepenuhnya oleh para pendidik matematik.

No comments:

Post a Comment